Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengalaman;

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...

Musim kahwin

Salam, Ini coretan2 kami kpd grup e-mel keluarga besarku (diedit sedikit): 1. Along: Salam,Alhamdulillah, sebentar tadi (29hb Mei)Pak Su Chot dah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Mak Su Intan..Tetapi, sayangnya saya pun tak dpt tengok.. Komitmen kerja..So, lepas ni turn saya pada 31/5/09 (Sabtu) di Masjid Jawi, Nibong Tebal..Tepat jam 1.oopm dah kena ada kat Masjid..Solat Zohor dulu, baru majlis Akad berlangsung..So, doakan kelancaran semua dari awal hingga ke akhirnya..Jzkk~ Wassalam.. 2. Aku: Adikku akad nikah di Masjid daerah dgn kehadiran 3 kereta keluarga. Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, selesai.Lepas tu, kami dijemput makan bersama Tuk Kadi & Tuk Imam di rumah mertua adik. 3. Aku: Alhamdulillah, kelmarin (31 Mei) lepas zohor, di Masjid Jawi, Along pula telah selamat diijab-qabulkan dgn SJAR , org Kg Cxx, Nibung Tebal, Seb. Perai Selatan. Alhamdulillah along lafaz sekali saja...walaupun dia gabra seharian..dgn berkat solat hajat, selesailah dgn baik. Ramai yg iring...

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...