Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ramadhan

Fatih Seferagic - Hafiz muda Bosnia berpotensi tinggi

Salam semua, Alhamdulillah, pagi ni saya terlintas dalam FB seorang rakan tentang satu video seorang qari dan al-hafiz muda, Fatih Seferagic. Fatih Seferagic - Surah Al-Qiyamah Saya terpegun dengan bacaannya - fasih (bukan keturunan Arab), bersuara sedap dan merdu, dan ada lenggok qari dan imam Syeikh Misyari.  Tersentuh hati mendengarnya.. .masyaAllah. Beliau seorang pemuda ( 18 tahun?) berasal dari Bosnia, yang dilahirkan di Germany. Berpindah ke USA pada umur 4 tahun. Mula tinggal di Baltimore selama 7 tahun di mana beliau tamat kursus hafazan di Islamic Society Baltimore (ISB), di bawah tunjuk ajar  Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.   Beliau berpindah ke Dallas selama 10 bulan untuk belajar bahasa Arab klasik di  Bayyinah's Dream.   Kini beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan juga guru Qur'an.    Fatih juga adalah Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas. Dari FBnya, bacaan Al-Qur'annya d...

Ramadhan datang lagi...ahlan wa sahlan

Assalamu 'alaikum semua, Alhamdulillah ketemu lagi kita di bulan mulia, bulan penuh keberkatan - Ramadhan Kareem - Ramadhan al-Mubarak - pada tahun ini, 1434H/2013M. Masih panjang umur...nikmat kehidupan...hidup yang ada hitam & putihnya (tema blog ini kan? he3 :) 2. Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.  Diisi dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikuLlah sepanjang saat, tilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah, ... dihentikan semua yang berdosa/mungkar - berkaitan anggota badan atau lisan atau hati - semua sekali,insyaAllah. 3. Selamat menunaikan ibadah puasa & segala amalan soleh lainnya & meninggalkan amalan dosa & mungkar. Kurangkanlah bincang-bincang pasal baju Raya, kuih Raya, juadah Raya, aktiviti Raya & shopping Raya sakan dan 1001 iklan media ataupun iklan lisan kita sendiri. Saban tahun dah kita as...