Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu - siri 2

Salam semua, Aku sambung ceritaku semasa posting pertama. Sesampai aku & famili di lapangan terbang Kota Kinabalu (yg lama lagi masa itu)...aku mula gelisah kerana dibandingkan lapangan terbang Subang atau P. Pinang, ianya agak kecil. Dalam hatiku tergetus: " aih, kalau lapangan terbangnya kecil, macam manalah bandar, pekan, dan kampung2nya? Jenuh la aku!". Namun aku masih teringat kata2 mak aku " lat dalam batupun boleh hidup!", lantas naik balik semangatku. Apa lagi teringatkan misi aku ke sini, seperti kata pegawai di KPM sebelum kami berangkat dulu..."jadilah guru yang baik di mana saja kamu ditempatkan." Kami disambut oleh Jalihah bt Hj. Edris, orang Sandakan,kawan sekelasku sewaktu kami di Sekolah Menengah Sains P. Pinang (SMSPP) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, serta bapa saudaranya - En. Puyung b. Awang (kini, allahyarham). Kami dibawa ke kuarters kerajaan berdekatan Tanjung Aru juga & isteri beliau & keluarganya yg lain tu...

Kawal pengambilan minuman '3-in-1'

Kawal pengambilan minuman '3-in-1' Salam, Ada pro & kontranya: pro: 1. jimat masa (10 saat?) - koyak sarungnya, tuang, bancuh - siap secawan!; 2. jimat tenaga - tak payah jalan/ambil 2-3 bekas (i) kopi/teh/milo/dll, (ii) gula/madu) (iii) susu/krimer; 3. pilih je nak yg mana - kopi jantan/kopi janda/Radix/milo/tek tarik/kopitiam/dsb - kalau 5 org minum leh pilih 5 bungkus berbeza sama ada di rumah @ kedai. Biasanya kita akan bancuh SATU jenis minuman pada satu2 masa, jika di rumah; kontra: 1. jadi semakin malas - kerja senang & tak payah jalan/ambil 2-3 bekas; 2. gula & krimer tak boleh kawal - bahaya utk diabetics & obese; 3. lebih menjimatkan kerana 3-in-1 lebih mahal, kerana kos pembungkusan. Jadi, lu pikirlah sendiri mana baik & buruk...pilih yg sesuai dgn anda sebagai pengguna bijak. Utamakan kesihatan kerana inilah antara nikmat Allah SWT yg amat penting utk kelangsungan hidup & ibadah kepadaNya.

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Salam  semua, Alhamdulillah, dengan izin & rahmat Allah SWT, maka lancarlah sudah sebuah lagi NGO Islam  yang merupakan gabungan beberapa NGO Islam ke arah memantapkan lagi usaha-usaha dakwah, tarbiyah & kebajikan di negara kita tercinta Malaysia. Walaupun nampak baru dari segi wajah dan penampilan, tetapi sebenarnya semua barisan pimpinan nasional, negeri, & daerah, semuanya orang-orang lama dalam NGO masing-masing sebelum ini. Jadi, gabungan pengalaman mereka ini insyaAllah, diharapkan mampu memberi impak positif ke atas masyarakat Islam & bukan Islam di dalam dan luar negara kita.   Sesungguhnya kita amat memerlukan kekuatan dan kesatuan Islam agar Deen Islam akan dapat disebarluaskan lagi kepada seluruh umat manusia, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-'Imran: 104:   وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٠٤) "Da...