
Aku sambung ceritaku semasa posting pertama.
Sesampai aku & famili di lapangan terbang Kota Kinabalu (yg lama lagi masa itu)...aku mula gelisah kerana dibandingkan lapangan terbang Subang atau P. Pinang, ianya agak kecil. Dalam hatiku tergetus: " aih, kalau lapangan terbangnya kecil, macam manalah bandar, pekan, dan kampung2nya? Jenuh la aku!". Namun aku masih teringat kata2 mak aku " lat dalam batupun boleh hidup!", lantas naik balik semangatku. Apa lagi teringatkan misi aku ke sini, seperti kata pegawai di KPM sebelum kami berangkat dulu..."jadilah guru yang baik di mana saja kamu ditempatkan."


Besok awal pagi,14 Ogos 1984, kami di bawa ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Sabah. Kami bertiga aku,isteri & kawanku, Saad) diberi taklimat oleh pegawai yang sangat baik, mesra & profesional (siapa boleh tolong ingatkan namanya ...Alias/Elias? Kemudian itu saya dengar beliau berpindah ke PPD Sandakan). Di situlah kami diberitahu sekolah & daerah kami ditugaskan Aku & isteri ke SMK Mat salleh, Ranau & Cikgu Saad ke SMK Taun Gusi, Kota Belud. Ketika itu juga aku diucapkan oleh pegawai itu : "Tahniah, cikgu2 suami isteri ditempatkan ke Ranau - Cameron Highlands of Sabah!" Saya tanya "kenapa digelar begitu?" "Daerahnya sejuk seperti Cameron Highlands" "Oooo, terima kasih" (dalam hatiku, alhamdulillah, pasti cantik tempatnya).



Dalam seminggu dua itu, kamipun belajar hidup di tempat orang, yang berbeza adat resam, tutur kata & budaya. Aku mula tahu istilah2 Dusun & loghat Sabah secara umum, spt. "piasau" (kelapa), "buyuk", "limpas", "tidak pandai bah sigu" (ada citer menarik nanti aku bilang sama kau ah), "saaaaanaaa", "anuh hiiiiiiti/ hiiilo", "sekaaaarang", "atuuuuqqoi", "atamisy kopio" "tapai", "mongoi", dan sebagainya.
Namun di tempat ini, di daerah ini, aku terasa selesa, seronok & mula serasi dengan jiwaku.Aku kira aku akan tinggal lama di sini. Lalu, terukir kata2 ini :"Ranau is my second home town".
P/S: maaf sekiranya sepanjang penceritaan ini ada yang kurang disenangi oleh sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. Saya cuba cerita seikhlas & sebenar mungkin.
Ulasan
wlpun cikgu x mengajar sy masa sek mngh dulu tp cikgu ajar sy bila masuk maktab...ndak sangka pula jumpa di IPTB....
bah cigu logot-logot menulis jurnal kio....miruba kito kawagu siara mongoi ko hiti Ranau...
welcome to RaNau kawagu....