Langkau ke kandungan utama

Catatan

AKU, SMD DAN TAEKWONDO

Salam, Aku menceburi Seni Bela/Mempertahankan Diri (SBD/SMD) Taekwondo semasa aku bertugas di Sabah negeri di bawah bayu. Aku belajar kira2 tahun 1986~87...setelah aku cuba cari/tubuhkan Silat Gayung (PSSGM) cawangan Sabah tidak berjaya. Tidak ramai yg aku dengar, ada sorang di Sandakan, & sorang di Tawau, juga kawan aku. Kedua2nya bengkung merah. Mungkin rasa susah, sebab jauh sgt antara satu dgn lain.(ya lah jauh nya antara 4jam-10 jam perjalanan kereta), wallahua'lam. Ketika itu aku lihat, & teliti jurulatih TKD di daerah Ranau itu berperibadi baik, tidak sombong dan begitu rendah diri. Lagipun, kelabnya begitu aktif sekali, ada 4-5 kelab di daerah itu. Sebaik saja aku berjumpanya & menyatakan hasrat ingin "join", apa lg, dia terus mengalu-alukan aku, malah membuat kunjungan hormat ke rumahku (dalam kuarters guru). Setelah berkenalan dan bercerita sikit ttg TKD di Sabah, maka aku diterima dgn mengisi borang & membayar yuran keahlian. Examiner ketika it...

PTK...oh PTK

Salam semua, Aduuhh..& alhamdulillah, saya baru habis kursus PTK Sabtu lepas - seminggu yo! Malam pertama, taklimat. Pastu 3 hari pertama, pagi-ptg - ceraaamah...je! Ngantuk? ..memang la...boring tak tau nak habaq. Dah le kena pakai blazer, tali leher...masa kerja kita tak pakai blazer hari2 pun. Ceramah tu, ada juga yg syok, tapi..2 tajuk saya rasa boring & cara ceramahnya pun mem"boring"kan. Petang2 & malam2, sibuk sediakan "public speaking" ...jenuh jg saya melayari net utk mencari bahan2nya. Pastu kena mesyuarat (2 kali) dan sedia persembahan kumpulan. Kemudian persembahan Powerpoint individu (B. Melayu...nasiiib,kalau tak jenuh syosyeh2 pulak). Siang hari ke-4, public speaking. Siang hari ke-5, persembahan powerpoint. Siang hari ke-6, persembahan kumpulan. Siang hari ke-7, Ujian Akhir Kursus (UAK) 2 setengah jam - 4 soalan esei.....huh, kematu jari menulis tak renti2. Tension, stress... Patutlah saya dengar ramai kawan2 lain yg jatuh pengsan,...

KEBAHAGIAAN - Siri 1

PESANAN DR 'AIDH BIN ABDULLAH AL-QARNI : "Lihatlah orang yg lebih rendah dari anda - dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan, dan keluarga. Nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lainnya." Ya, kita seringkali membandingkan diri kita dgn orang lain : - Kenapa dia kaya, aku miskin? - Kenapa dia cantik/kacak, aku tidak? - Kenapa dia jadi boss dan tidak aku? (kadang2 tambah lagi "aku rasa aku lagi baik") - Rumah dia besar & cantik, kenapa aku tak boleh dapat macam dia ya? - Alangkah bahagianya kalau aku ada anak-anak yg ramai macam dia ?-semuanya kerja baik2.. Jadi, persoalannya berterusan bermain di benak kepala kita : kenapa,..kenapa...mengapa...mengapa? Kita lupa untuk berfikir tentang hal-hal seperti berikut: - Aku dapat juga RM1,000 sebulan, si A tu dapat RM500 je... - Hodoh2 aku, sempurna juga anggota tubuhku, si B tu, kasihan...dah le kudung tangannya, matanya rabun pula... - Dia boss, itu r...

Bekam Sunnah (Al-Hijamah)

Salam semua, Minggu lepas (1 feb 2009) aku menghadiri Kursus Bekam di Kelab Seni Silat Gayung Subang Jaya/KSSG di Puchong . Kami dibimbing oleh En.Rahmat Bekam, Puchong (gelarannya,nama betul Rahmat b Mohd Junid) - orang lama herbalis & bekam HPA . Beliau seorang yang tidak kedekut ilmu dan sanggup bimbing sehingga kami semua pamdai. Peserta tak ramai, tapi mantap utk mendapat bimbingan peribadi En Rahmat. Rupanya, akulah peserta yg paling "senior" (tua lah tu...), yg lain2 tu 30an dan 20an. Kursus bermula 9pg-5 pg...tp kami terlajak smpai dekat Maghrib, punya la syok cucuk kawan2...& kwn2 pula cucuk kita..ha3. Suasana mmg riuh...mula2 tu masa teori 9-12 tu...biasa la, dengar khusyuk ...tak sembang2, jd tak bising. Lepas makan & solat, kami diajar sikit tentang kiropraktik -ilmu rawatan tulang belakang.(rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Chiropractic ). Habis meletup2 bunyi tulang kawan yg jadi model! (hmm..nasib aku tak jadi model, kalau tidak letupanya tentu l...

Strategi P&P Berkesan

Salam semua, Pada 10 Januari lalu, seorg sahabatku Hj ARO (bakal Dr - dh nak viva , hu3...aku belum pun p daftar lg,borang dah ambik 2-3 kali dah.. ) & aku dijemput bagi Perkembangan Staf (Strategi Pengajaran dan Pembelajaran/P&P yang Berkesan) di sebuah Sek. Men. Keb. di Alor Star. Hj ARO bg slot pertama, "Pembelajaran Koperatif"...dia prepare 4j, kena compress jd 2j jer...tupun dia terlajak 1/2 jam..takpalah, aktivitinya banyak. Akupun prepare 4j, kna bagi 2j jg. Aku bg tajuk "Kecerdasan Pelbagai" dan "Kemahiran Berfikir". Kami kata selalunya kami bg kursus 3h 2m bg satu tajuk, malah Kem. berfikir tu kami biasa ajar satu semester! (ada dlm silibus dulu). Mula-mula ingatkan 8pg hingga 4 ptg, rupanya dipendekkan 8-12.30 tgh sj...itu yg kami kena compress masa tu. Bagaimanapun, penglibatan guru2 sgt memberangsangkan. Pengetuanya tunggu dr awal hingga habis. Aku "salute" lah sekolah sebegini. Aku biasa kena di sekolah lain, kita berceramah...

AZAM TAHUN BARU 1430HIJRAH & 2009MASIHI

Dawn at Kubang Semang mosque-beginning of a new year...new hope,new determination Assalamu'alaikum semua, Selamat tahun baru...walaupun lewat sikit...tak apa, belated, kata orang..he3. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah SWT kerana Dia masih mengizinkan lagi aku & kita semua terus hidup di sunia yg fana ini. Ya, dunia fana-sementara-tidak kekal; namun dunia inilah yg menjadi jambatan ke dunia Akhirat-kekal abadi-tempat tuju insan semua hingga bila2...selama2nya. Di dunia inilah kita kena membuat yg terbaik-cemerlang kerana tidak akan ada ulangan- replay; tidak boleh patah balik -go astern(gostan = bahasa Utara). Nak buat apapun -nak merasai-mengecapi segala nikmat yg Allah SWT beri, di dunia inilah, masa inilah- now & here. Kalaupun terlajak, terlanjur, tersilap,tersalah,terbuat salah/dosa, maka bertaubatlah segera, minta maaflah kpd manusia lain jika kita bersalah kpd mereka & minta ampun byk2 kpd Allah jika kita buat dosa. Bila? Sekarang nilah - la ni lah, dan-dan (...

BEIJING : KOTA SEJARAH TAMADUN CINA

Salam semua, Alhamdulillah, aku dan isteri dapat melawat/bercuti ke Beijing Disember lepas-6hari 5mlm. Kami pergi dgn TM Tours & Travels , KL. Di Beijing, kami dibawa oleh seorang Cina Muslim & fasih bertutur bahasa Melayu dr Syarikat Islamic China Tours (ICT). Kedua2 syarikat ini memberikan layanan yg baik, & memuaskan. Tahniah & terima kasih daun keladi. Perasaan2: 1. Seronok - sebab: i) pertama kali sampai ke sana; ii) ketika musim sejuk, pertama kali jg aku memegang salji di tanganku & memijaknya dgn kakiku. Cuma tak rasa turun di muka saja lagi... hu3. Suhu pd siangnya 5-6 darjah Celcius & mlmnya (-4 oC). Bila kena angin...masyaALlah, bbbrrrrr sampai sum3 tulang sejuknya. iii) dlm kumpulan 33 org - dpt kenal mengenal antara satu sama lain. Macam2 kerjaya & ramai jg anak2 mereka yg masih belajar, semua ahli rombongan mesra & baik2 belaka ; iv) aktiviti padat - siang berjalan,melawat & shopping (8 pg - 8 mlm); mlm pulang & rehat; v) makan 2x ...