Langkau ke kandungan utama

PTK...oh PTK

Salam semua,

Aduuhh..& alhamdulillah, saya baru habis kursus PTK Sabtu lepas - seminggu yo!
Malam pertama, taklimat. Pastu 3 hari pertama, pagi-ptg - ceraaamah...je! Ngantuk? ..memang la...boring tak tau nak habaq. Dah le kena pakai blazer, tali leher...masa kerja kita tak pakai blazer hari2 pun. Ceramah tu, ada juga yg syok, tapi..2 tajuk saya rasa boring & cara ceramahnya pun mem"boring"kan.

Petang2 & malam2, sibuk sediakan "public speaking" ...jenuh jg saya melayari net utk mencari bahan2nya. Pastu kena mesyuarat (2 kali) dan sedia persembahan kumpulan. Kemudian persembahan Powerpoint individu (B. Melayu...nasiiib,kalau tak jenuh syosyeh2 pulak). Siang hari ke-4, public speaking. Siang hari ke-5, persembahan powerpoint. Siang hari ke-6, persembahan kumpulan. Siang hari ke-7, Ujian Akhir Kursus (UAK) 2 setengah jam - 4 soalan esei.....huh, kematu jari menulis tak renti2.

Tension, stress...
Patutlah saya dengar ramai kawan2 lain yg jatuh pengsan, kena masuk wad dsb. semuanya gara2 tension & tak cukup rehat. Namun, dengan solat,zikir & tilawah Al-Quran - mampu menenangkan saya sepanjang kursus tersebut, alhamdulillah. Begitu juga dgn satu sesi urutan refleksologi & sembang2 dgn isteri & anak2. Lagipun ni kali kedua saya ikuti kursus seumpama ini...dah tahu sikit2 sesuaikan diri.

Itulah pengalaman ringkas saya...kwn2 yg belum tu, bersedialah awal2. bawa bertenang, anggap ini kursus2 yg biasa kita hadiri..lulus/cemerlang (Aras 3-3 atau 4-4), alhamdulillah. Kurang baik keputusannya, ambil lagi...kita usaha sungguh2, kemudian serah kepada Allah SWT, penentu segalanya.

(P/S : Hari ni saya guna kata ganti diri "saya" (..testing2,kalau tak syok aku pakai aku balik. Blog aku, ikut suka akulah kan? he3, sorry) dan bukan "aku' sebagaimana biasa. Ada org komen, baca macam budak2 je...guna "aku". Ye ke? Cuba tuan2/puan2 bg idea...ye ke, tak sesuai guna "aku"?)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku alumni KBPS @ Sekolah Kebangsaan Hashim Awang

Salam semua, 1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1... ha3, aparaah! * aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3... 2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen): Std 1 - Mdm. Philomena Gomez Std 2 - tak ingat Std 3 - tak ingat Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?) Std 5 - Mr Ong Theng Chai Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?) Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Ab...

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...