Langkau ke kandungan utama

Tangisan Gaza & Laungan Syria di P. Pinang

Assalamu'alaikum,
Esok, 22 Disember 2012 (Sabtu) mula jam 200 ptg hingga 900 malam...Aqsa Syarif Pulau Pinang bersama Pertubuhan IKRAM Negeri P. Pinang akan menganjurkan program "Tangisan Gaza & Laungan Syria" (TGLS) di Padang Kota Lama (Fort Cornwallis), P. Pinang.


Banyak aktiviti yang kita anjurkan:
1. Konvoi motosikal & kereta dari seluruh 5 daerah P. Pinang - kena rujuk IKRAM Daerah masing2,  jam berapa mereka mula;
2. Kutipan derma Palestin & Syria;
3. Penampilan Khas, duta Aqsa Syarif & OIC ke Gaza, Aflin Shauki;
4. Pertunjukan Silat,
5. Menunggang kuda;
6. Gerai makanan & minuman;
7. Pameran;
8. Paintball;
9. Tayangan video;
10. Solat Isyak & Hajat berjemaah;
11. Kempen tanda tangan;
12. Lukisan/catan grafiti;
13. Aktiviti lain yang mungkin ad-hoc....

Jadi, datanglah beramai-ramai esok. Mereka yang tinggal di P. Pinang/Seb. Perai, luangkanlah masa bawa keluarga, & ajaklah sanak saudara, sahabat handai untuk turut serta ke sana. Lagi ramai, lagi meriah. Jika ada sesiapa dari luar negeri P. Pinang yg sedang melawat/melancong ke P. pinang, hah elok sangatlah berkunjung ke Karnival ini...insyaAllah, pengalaman ini akan ada kesan positif kepada keluarga kita dalam perjuangan kita membantu rakyat Palestin & Syria yang dizalimi & ditindas berterusan.

Jom mari kita bantu mereka sedaya mampu kita. Allahu akbar walillahil hamd.

Penganjur Tangisan Gaza & Laungan Syria

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,  ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015) Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: " Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".   Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar.... [ Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini... Seoran...

Aku alumni KBPS @ Sekolah Kebangsaan Hashim Awang

Salam semua, 1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1... ha3, aparaah! * aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3... 2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen): Std 1 - Mdm. Philomena Gomez Std 2 - tak ingat Std 3 - tak ingat Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?) Std 5 - Mr Ong Theng Chai Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?) Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Ab...

Penempatan pertamaku di Sabah Negeri di bawah Bayu (siri 1)

Salam semua, Sebaik sahaja aku tamat pengajian di USM, P. Pinang., sekitar Mei 1984, aku dan isteri mendapat surat posting /penempatan pertama ke Sabah, negeri di bawah bayu (Kenapa gelaran ini? akupun kurang pasti...ada kaitan dengan pelancongan aku rasa, dulu iklannya "Land Below the Wind"). Mak mertuaku bising2 tak bagi pergi, "ntah hutan mana kena pi satgi", katanya. Berbeza dengan ibuku, dia kata "Pi lah Mae oi, ulat dalam batupun boleh hidup..", dia bagi semangat lagi. Aku dan isteri pasrah, walaupun agak risau sebab akan membawa 2 orang anak kecilku - Umar al-Mukhtar ("Umar Otai" -disebut namanya kecil2 dulu) dan Muhammad (Ramadhan) -"Mat Adon"- katanya kecik2 dulu,he3). Aku cuba juga buat surat rayuan (ambil hati mak mertua) minta penempatan di Semenanjung, khususnya sebelah Utara. Kami pergi jumpa sendiri pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan masa tu.  Namun dia kata tak boleh tukar, malah dia tawarkan lagi tiket2 kap...