Langkau ke kandungan utama

Motivasi di sekolah-sekolah

Salam semua,
Seminggu dua ni aku agak sibuk membuat persediaan ceramah2 ke sekolah2 sekitar daerah tempat aku nih. Maklumlah, guru2 kena habiskan 7x kursus setahun, dgn 4x dianjurkan oleh sekolah & selebihnya oleh JPN / PPD/ IPG.

19.7.2008 - SMKG, di selatan Kedah...utk guru & staf sokongan. Tajuk: Pembinaan Pasukan dlm Organisasi Sekolah. 2 jam - spt biasa aku jlnkan secara selang seli - input,aktiviti & refleksi. 2 games aku kendalikan - meriah,seronok,gumbira hati mereka..akupun tumpang syok. Mmg mereka sporting habis...malah Pengetuanya turut serta dlm aktiviti yg dianjurkan, ah..ni kali pertama aku ceramah Pengetua ikut dr awal hingga habis, dah tu libatkan sekali dlm aktiviti! Habis ceramah, dijamu pula mkn nasi & lauk pauk yg sedap2 (majoriti tempat di Kedah,mmg sedap2 masakan mereka,alhamdulillah). Ada guru sedekah pula durian,manggis & rambutan...bawa balik pulak tu,isy3..layanan depa 1st class! Lagipun rupanya Pengetuanya rakan sekursus aku semasa belajar di UUM dulu...tak jumpa hampir 9 tahun! Aku puas hati kerana input aku berjaya, kwn lama pun jumpa & dpt kwn2 baru pula! Moga Allah kekalkan semangt mereka jg guru2 cemerlang, mendidik anak2 jd muslim muslimat yg cemerlang jua,aamiin.

24.7.2008 - SKBT di Seb. Perai...utk guru2 jg..tp tanpa staf sokongan. Tajuk sama spt sekolah di atas. Tempat ceramahnya agak sempit,tp ok lah. Semangat pasukan mereka nmpaknya kurang sikit dibanding SMKG tadi..byk GB nya yg sibuk,guru2 lain tengok jer, kesian pulak aku tengok. Layanan mereka biasa2 je..namun mesejku alhamdulillah tercapai.

31.7.08 - SMKLB, Selatan Kedah. Tajuk: Potensi pelajar muslim ke arah Kejayaan- 90 pelajar SPM. Nak pegi tu aku sesat sikit sebb lepas Maghrib, aku pula tak biasa daerah tu. Namun sambutan mereka hebat. Pelajar2 pun bersemangat sepanjang ceramahku...aku jg bersemangat, bagi ngam2 2 jam...9-11 mlm. Guru2nya baik sekali. Moga mereka dpt berjaya dlm pencapaian mereka dlm SPM nanti.

Hujung mg ni ada 2 lagi...moga aku sempat bersedia. Mana tidaknya, esok nak ke UM,anakku Konvo pagi lusa...kena drive 5-6jam lagi x 2 = pergi-balik...waduh. Moga Allah SWT bg kekuatan pd ku & isteriku & anakku seorang lg...hu3.

Ulasan

aliya berkata…
salam.. ku hadihakan trophy ramadhan, di http://pukullima.blogspot.com/2008/09/shine-like-sun.html. Masukkan dalam blog dan hadiahkan kepada blogger Islam yang lain
Pak_Anjang berkata…
k, tq aliya..
Nanti I cuba buat

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi > Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah...

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the mach...

10 Muwasofat Tarbiyah

Salam, sama-sama kita bina dalam diri kita, keluarga, sahabat handai & anak-anak didik kita, insyaAllah. Pembinaan ini tidak boleh dalam sehari dua, sebulan dua, malah tarbiyah adalah satu proses berterusan sepanjang hidup kita sehingga kita dipanggil oleh Allah SWT nanti. 10 Muwasofat Tarbiah 1) Aqidah Sejahtera Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur Tidak berhubung dengan Jin Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin Tidak menenung nasib Tidak mendekati tukang tilik Tidak mengusap kubur Tidak meminta bantuan dari simati Tidak bersumpah dgn selain Allah Tidak mempercayai adanya sial Mengikhlaskan amal kerana Allah Mengimani rukun-rukun Iman Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt 2)Ibadah Yang Sahih Tidak menolak utk azan Bersuci dgn sempurna Sangat menghargai solat berjemaah Sangat suka berjemaah di masjid Memperbaiki...