Langkau ke kandungan utama

Kerana dua kupang

Ketika di sekolah rendah (tahun 1960an), cikgu kelas telah tanya siapa nak beli lencana Hari Pertabalan YD Pertuan Agong, aku salah seorang yg berminat membelinya - harga dua kupang (20 sen) je. Aku memang suka kumpulkan bahan-bahan spt ini - setem, syiling, lencana dsb.

Bila balik ke rumah, beritaulah emak. Maka berleterlah mak aku semalaman. Maklumlah, adik beradik kami ramai (9 org) dan mak bapa aku kerja berniaga roda tiga (hawker) sahaja. Lagipun, kak aku dah beli di sekolahnya kelmarinnya. Jadi mak aku minta aku bawa lencana itu utk ditunjukkan kpd cikgu. Duit 2 kupang memang tak dapat..hanya duit poket sekupang (10 sen).

Besoknya, bila cikgu panggil namaku, akupun beritahu lencana dah dibeli oleh kakakku. Maka sekali lagi aku kena leteran...aku tunduk malu, di depan rakan-rakan kelasku.

Refleksi:

Aku sedar keluargaku besar dan betapa susah bagi ayah & emakku menguruskan kewangan, dengan sumber yang sangat terhad ketika itu. Ini menjadi motivasi kpdku utk belajar sungguh-sungguh utk membantu ibubapaku. Kerana 2 kupang, aku kena berleter (bahasa utara :"berletiaq") 2 kali...

Ulasan

Siti Blogger berkata…
Sekupang utk setiap leteran hehehe... tapi terkesan sampai sekarang :-)
Pak_Anjang berkata…
Ya..betul nin(huruf & nama apa tu?..tak tau nak sebut la...),sekurang 1 leteren. Ada lg citer2 lama ni..nnti pelan2 Pak Anjang tulih na...