Langkau ke kandungan utama

Catatan

KISAH DI SABAH: TERPERANGKAP DI TANAH RUNTUH RANAU-KK

Hiasan/ Contoh: Mitsubishi Galant Sigma  Di antara tahun-tahun 1990-94, sewaktu saya menjadi Guru Penolong Kanan (GPK) 1 di SMK Agama Ranau (SEMEKAR), suatu petang Jumaat, kami dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu (KK) untuk urusan rasmi (hantar baucer ke Akauntan Negara (AG).  Kami, yakni Ustaz Yaakob Yusof, GPK Hal Ehwal Murid (HEM), isteri saya & saya sendiri. bertolak sebaik sahaja selesai solat Jumaat, masih dengan pakaian sut Baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.  Petang itu hujan baru sahaja berhenti.  Pada masa itu, saya berkenderaan Mitsubishi Galant Sigma 1.6 warna hitam, ala-ala Knight Rider spt video ni:  http://www.youtube.com/watch?v=0Qh0YlpmHXc  . Gambar hiasan tanah runtuh di jalan Ranau-KK Jalan Ranau-KK berselekoh, bengkang bengkok bagai ular dipalu. Maklumlah kawasan Gunung Kinabalu..Tiba di suatu selekoh, kami terlihat jalan raya/lebuhraya Ranau-KK berlaku tanah runtuh. Separuh drp jalan telah dipenuhi tan...

The Seven Islamic Daily Habits Dalam Surat Al-Fatihah (siri 1)

Assalamu'alaikum semua, maaf lama menyepi diri. Banyak ber-FB sekarang, jadi blog tertinggal sedikit. Zaman serba nak cepat ni, memanglah- FB >cepat & mudah untuk tulis, link dengan U-tube, laman web, ada notes, &  senang nak delete dsb. Namun blogging ni ada kelebihan juga- copy & paste bahan yang panjang, nak tulis banyak2,masuk beberapa gambar sekali tak ada masalah. Jadi, sama2 kita baca bahan yg saya anggap baik untuk tarbiyah diri, keluarga, sahabat handai, & masyarakat. Tarbiyah & dakwah wajib bagi kita, insyaAllah. ________________________________________________________________________________ The Seven Islamic Daily Habits Dalam Surat Al-Fatihah Tsaqafah Islamiyah Oleh: Abu ANaS   Mukaddimah Di masyarakat banyak sekali amalan-amalan mulia yang sudah sejak lama mentradisi. Banyak orang yang mengamalkan doa dan dzikir pagi dan petang. Mereka membacanya setelah shalat subuh dan shalat Maghrib. Di masyarakat Betawi; ada yang biasa b...

10 Muwasofat Tarbiyah

Salam, sama-sama kita bina dalam diri kita, keluarga, sahabat handai & anak-anak didik kita, insyaAllah. Pembinaan ini tidak boleh dalam sehari dua, sebulan dua, malah tarbiyah adalah satu proses berterusan sepanjang hidup kita sehingga kita dipanggil oleh Allah SWT nanti. 10 Muwasofat Tarbiah 1) Aqidah Sejahtera Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur Tidak berhubung dengan Jin Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin Tidak menenung nasib Tidak mendekati tukang tilik Tidak mengusap kubur Tidak meminta bantuan dari simati Tidak bersumpah dgn selain Allah Tidak mempercayai adanya sial Mengikhlaskan amal kerana Allah Mengimani rukun-rukun Iman Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt 2)Ibadah Yang Sahih Tidak menolak utk azan Bersuci dgn sempurna Sangat menghargai solat berjemaah Sangat suka berjemaah di masjid Memperbaiki...

Safar ke Mesir Bumi Anbiya' Siri 1

Alhamdulillah, saya dan isteri telah diberi nikmat oleh Allah SWT menziarahi negara Mesir, bumi anbiya' pada 29 Nov 2010 hingga 12 Dis 2010 yang lalu. Kami ke sana apabila visa kami ke USA TIDAk diperolehi sehingga saat2 akhir tarikh penerbangan pada 18 Nov yg lalu. Adik saya, Mansor & isterinya telah meneruskan trip mereka TANPA kami, walaupun kami sama2 pohon visa, mereka dapat, kami tersangkut. Kenapa? Wallahua'lam...sehingga sekarang masih tak dapat. Geram, marah, kecewa...akhirnya "tak bagi sudah, akupun tak hingin p negara hangpa- aku nak pi negara lain, padan muka hangpa!"- seranah hatiku. (Tapi ikhlasnya, kalau kami dapat, insyaAllah teringin juga kami nak tengok tempat depa...hu3). Ada la tu HIKMAH kami tak dapat pergi ke Washington, US...nasihat ibuku & adik beradikku, walaupun ada yg perli  "hai, dah balik dah ke dari US?". Dengan selambanya aku jawab "Daaah...sejuuuuk sangat, tak tahan". Dalam hatiku : " aku lesing kang!...

In Memory of Mohd Idros Hanafiah - YDP ALSPEN 2010

Salam, Tanggal 16 Oktober 2010 jam 10.46 pagi, aku menerima satu sms. Sms ini dari Dr. Abd. Hamid Mat Sain, pakar O&G di Columbia-Asia Hospital, Seremban, rakan sekelasku di SMSPP 1976-77, Tingkatan 4 Biru & 5 Biru (kelas terbaik la masa tu..hu3). Sms berbunyi (tanpa edit bahasa/ejaan): "Innalillah.. ab idros, president alumni smspp alspen meninggal dunia 3 pg tadi dgombak, janazah akn dkebumikn lepas zohor. Tlg sebarkn. Salam.". Terkejut aku, " ih ya ka? tak taupun dia sakit", getus hatiku. Aku call Dr Hamid utk confirm, barulah dimaklumkan beliau kena barah buah pinggang (kidney cancer), masyaAllah.  Macam mana kita semua tak tahupun? Memang dia tak bagitau sapapun, mungkin keluarga dia sahaja.  Malah semasa 2-3 kali mesyuarat ALSPEN, dia tak cerita apapun. Lepas 2-3 kali mesyuarat tu, baru aku ada dengar dia tak sihat. Terkilan aku tak tanya lebih lanjut sakit apa, ingatkan demam pening sahaja. Ah, inilah sikap sambil lewa kita manusia, astaghfirull...

Ustaz Dahlan Mohd Zain dalam kenangan 1 - artikel buat renungan semua

Salam, petikan ini untuk renungan semua. Ini juga sebagai ingatan saya kepada al-marhum yg menjadi murabbi & da'ie di mana saya pernah merasai sentuhan tarbiyahnya sejak tahun 1979 hingga 1994. Moga Allah SWT cucuri rahmat ke atas ruhnya, dimasukkan ke golongan para mursalin , syuhadak, muttaqin & solihin...amin.  Kita yang tinggal, sama2lah jadikan al-marhum sebagai teladan.  Anak 2 -didik yang ditinggalkan akan bertebaran & sentiasa berkembang insyaAllah hingga akhir zaman.  Sama2 kita usahakan...insyaAllah. Di antara adab Islam ialah menghormati ulamak Dr. Ahmed Abdul Hadi Syahin Ulamak adalah pewaris para nabi. Allah telah memilih mereka supaya membawa agama dan syariat. Mereka adalah golongan yang paling mengenali Allah. Tugas mereka adalah menunjukkan manusia jalan kepada Allah. Firman Allah: “Siapakah ...