Langkau ke kandungan utama

Catatan

KESAKITAN DAN KEMATIAN

  Salam semua, Maaf, lama tak menjengah..maklumlah awal-awal tahun ni, banyak kerja-kerja pejabat perlu dibereskan. Lagipun kami sekeluarga masih lagi sibuk mengemas  & mengangkut barang-barang untuk berpindah rumah kali ke-12 sejak kami berkahwin..huh3, penat yo!  Namun seronok kerana dapat tinggal di rumah sendiri. Semua anak sama ada jauh dari kami, atau  tinggal dengan kami, tetapi  masing-masing sibuk dengan kerjaya atau sibuk belajar dan tak dapat nolong selalu, kadang-kadang saja. Kami akan bergotong royong bila dapat kumpul pada satu hari. Itu yang syoknya…bila anak ramai. Banyak yg berlaku dalam tempoh aku tidak menulis nih, antara alasan aku tak sempat (kononnya! Padahal kalau hendak 1000 daya… kan ?). Semua kisah tidak menyeronokkan…tapi inilah asam garam, & hitam putih kehidupan … 1.      Emak kehilangan beg tangan – yang ada wang, paspot Antarabangsa, dan kad pengenalan.  Hilang pulak di dalam kedai yang emak ...

Aku Alumni SMSPP atau SMSTSSS

Salam semua, Selepas aku tamat pengajian di Sekolah Rendah Hashim Awang, Kepala Batas, aku & ramai kawan2 aku mendaftar diri lah di sekolah yang serba baru...Januari 1973, Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang (sekarang dah ditukar nama SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin, SMSTSSS) Bukit Mertajam. Rasanya nama dulu sedap & mudah disebut lagi (maaf, ini pandangan/rasa hati aku..) Masa tu sekolah ini belum siap lagi...kami pergi daftar di SMK Kampung Baru.  asrama kami di SRJK Tamil, Kampung Baru.  Sebab tu kami digelar masa tu "anak2 Hindu"...tak pa kami terima sbb mmg betul kami tumpang tinggal di asrama mereka.Aku dah pergi melawat ke sekolah ini tahun lepas, dan dah diduduki kembali oleh yg empunyanya kini. Kami belajar setahun di SMKKB, depa kata kami "anak tiri"..ye la. Mcm2 masalah & peristiwa berlaku kat situ. Aku rasa agak susah nak sesuaikan diri di situ masa itu, mKLUMLh dok besa di kampung, dgn mak ayah & adik beradik...tiba2 aku rasa ...

Perginya Ramadhan 1430H-2009M dengan syahdu..

Salam semua, 1. Dengan syahdunya, Ramadhan 1430 Hijriyah/2009 Masihi meninggalkan kita... Kali ini aku rasa masa berlalu begitu cepat sekali, tup2 dah habis Ramadhan, datang pula Syawal...bulan perayaan, bulan kemenangan (ye ke menang?) setelah mengekang hawa nafsu sebulan: nafsu makan-minum yang serakah, nafsu kejantinaan yang tidak kunjung puas, nafsu kata2 yang sukar dikawal, nafsu pendengaran yang sentiasa nak sedap, nafsu lintasan2 hati yang durjana dan segala yang dilarang ketika berpuasa-menahan diri - diajar & dilatih oleh agama Islam agar kita manusia mengawalnya. Jika kita berjaya mengawal semua ini, dalam sebulan, dari fajar hingga maghrib, barulah kita dianggap menang. Jadi menangkah kita? Tepuk dada,tanya iman! 2. Biar kita sama2 renung sama ada kita berjaya dengan menilai diri dari senarai semak (check list) di bawah, yang aku kutip dari buku Al-marhum Abul A'la al-Maududi, ulamak terkemuka-pemimpin/pengasas Jamaat Islami, Pakistan "Fundamentals of Islam (19...

Aku alumni KBPS @ Sekolah Kebangsaan Hashim Awang

Salam semua, 1. Aku pernah belajar di Kepala Batas Primary School (KBPS) atau kemudiannya dinamakan Sekolah Rendah Hashim Awang (SRHA) dan Sekolah Kebangsaan Hashim Awang (SKHA-lihat sini), sehingga kini namanya sebegitu; bermula Standard 1 hingga Standard 6. Kawan2 aku pernah upload gambarfoto Standard 1 dan Standard 5. Malangnya aku sendiripun tak kenai diri aku masa Standard 1... ha3, aparaah! * aku tayangkan gambar masa darjah 5 tu...(no. 8 berdiri belakang dari kanan) - diapit Ishak Abd. Rahman - kini Pengarah Bekalan Air Ipoh & Azman Lazim - kini di KL, banker?). Masa tu semua cute2 kan? he3... 2. Seingat aku, guru2 kelas aku masa tu ialah (kalau lupa atau salah eja, maaf no...sapa2 tolong betulkan ya...sila komen): Std 1 - Mdm. Philomena Gomez Std 2 - tak ingat Std 3 - tak ingat Std 4 - Mr Tan Aik Meng (?) Std 5 - Mr Ong Theng Chai Std 6 - Mr Ong Theng Chai (?) Guru2 besar pula - mula2 Tuan Hj. A.K. Merican, lepas tu Mr. S. Theyaga Rajah dan kemudian Mr. Khalid Mehta @ Ab...

PETUA KECEMERLANGAN ANAK

Salam semua, 4hb Julai lepas, aku dijemput untuk merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan sebuah sekolah rendah di kampungku. Alhamdulillah, jemputan ramai, penuh kantin - yang dijadikan dewan untuk majlis ini. Kasihan, telah hampir 40 tahun kami sekeluarga yang pernah berniaga di situ selama 4 tahun, keadaannya masih sama seperti dulu - tiada Dewan Besar untuk acara rasmi sekolah. Salah siapa? - Guru Besar (GB) tak mintakah, atau PIBG yang tiada inisiatif atau PPD dan JPN yang kurang ambil kisah sekolah di luar bandar? Hari tu, kebetulan kakiku bengkak disebabkan gout. Aku jalan capek-capek. dalam hatiku tergetus: "Tak pa ka sakit-sakitpun datang nak rasmi juga? Tak dak orang lain ka?" Lantas aku telefon Guru Besar(GB)nya dahulu pagi tu. Katanya " Tak pa Hj, kita-kita je, bukan ada orang lain." Lagipun itu kali pertama aku dijemput ke sekolah itu sebagai perasmi, dalam kampungku pula. Akupun pernah jadi AJK PIBG kurang lebih sepuluh tahun lalu...se...

Majlis Walimatul-'urus anak-anak kami kali pertama

Alhamdulillah, tanggal yang berdebar-debar 13hb Jun 2009 - kenduri kami berjalan dgn baik. Mulai dari jam 11.30 pg orang dah mula mai...sampai jam 6 petang lebih masih ada org..tp sayang jam 6 ptg caterer dah kemaskan semua makanan. Tinggal laksa & tek tarik sahaja yg kami buat...2-3 org akhir tu, terpaksa makan apa yg ada. Ada 2 orang mai rumah mak-ayah aku di belakang dewan tu lepas jam 6.30ptg...sembang-sembang sampai Maghrib. Pastu kami kemas2 barang, bahagi2kan bunga telur kat adik beradik & jiran2 yg banyak bantu buat bunga telur (2,000 biji) & beg hadiah (1,300 buah) 1-2 hari sebelum ni., bahagi2kan makanan yg tak habis...buka hadiah2 & kami rehat > Ramai kawan2 datang dari KL, Kelantan , Perlis , Perak & Kedah..selain sekitar PP & SP. Aku amat terharu dgn kawan2 jauh2 yg datang susah payah,habis wang ringgit, masa & tenaga just for the sake of visiting a friend's childrens' wedding. Aku mungkin tak ingat dan sukar menyenaraikan semua...

Musim kahwin

Salam, Ini coretan2 kami kpd grup e-mel keluarga besarku (diedit sedikit): 1. Along: Salam,Alhamdulillah, sebentar tadi (29hb Mei)Pak Su Chot dah selamat diijabkabul dengan pilihan hati, Mak Su Intan..Tetapi, sayangnya saya pun tak dpt tengok.. Komitmen kerja..So, lepas ni turn saya pada 31/5/09 (Sabtu) di Masjid Jawi, Nibong Tebal..Tepat jam 1.oopm dah kena ada kat Masjid..Solat Zohor dulu, baru majlis Akad berlangsung..So, doakan kelancaran semua dari awal hingga ke akhirnya..Jzkk~ Wassalam.. 2. Aku: Adikku akad nikah di Masjid daerah dgn kehadiran 3 kereta keluarga. Alhamdulillah, sekali lafaz sahaja, selesai.Lepas tu, kami dijemput makan bersama Tuk Kadi & Tuk Imam di rumah mertua adik. 3. Aku: Alhamdulillah, kelmarin (31 Mei) lepas zohor, di Masjid Jawi, Along pula telah selamat diijab-qabulkan dgn SJAR , org Kg Cxx, Nibung Tebal, Seb. Perai Selatan. Alhamdulillah along lafaz sekali saja...walaupun dia gabra seharian..dgn berkat solat hajat, selesailah dgn baik. Ramai yg iring...