Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kerana dua kupang

Ketika di sekolah rendah (tahun 1960an), cikgu kelas telah tanya siapa nak beli lencana Hari Pertabalan YD Pertuan Agong, aku salah seorang yg berminat membelinya - harga dua kupang (20 sen) je. Aku memang suka kumpulkan bahan-bahan spt ini - setem, syiling, lencana dsb. Bila balik ke rumah, beritaulah emak. Maka berleterlah mak aku semalaman. Maklumlah, adik beradik kami ramai (9 org) dan mak bapa aku kerja berniaga roda tiga (hawker) sahaja. Lagipun, kak aku dah beli di sekolahnya kelmarinnya. Jadi mak aku minta aku bawa lencana itu utk ditunjukkan kpd cikgu. Duit 2 kupang memang tak dapat..hanya duit poket sekupang (10 sen). Besoknya, bila cikgu panggil namaku, akupun beritahu lencana dah dibeli oleh kakakku. Maka sekali lagi aku kena leteran...aku tunduk malu, di depan rakan-rakan kelasku. Refleksi: Aku sedar keluargaku besar dan betapa susah bagi ayah & emakku menguruskan kewangan, dengan sumber yang sangat terhad ketika itu. Ini menjadi motivasi kpdku utk belajar sungguh-su...

Kenapa hitam putih?

Hidup ini penuh cabaran,dugaan, dan cubaan..spt kata Bujang Lapok - "cubaan...cubaan..", walaupun yg datang tu betul2, tp sebab tak sedar, mereka masih kata "cubaaan". Sejak kita sedar erti kehidupan, kita dilanda pelbagai cubaan, masalah dan cabaran. Kadang2 kita rasa gelisah, tension , rimas - kenapalah aku begini, begitu dan berbagai lg keluhan. Kita sangka kita saja yg bermasalah, kitalah yg teruk sekali....tp bila ditanya kwn2, adik beradik lain, rupanya SEMUA org ada masalah, cabaran, dugaan, halangan, sakit, dsb. Rasa2 negatif inilah saya katakan "HITAM". Kadang2 pula kita rasa sgt gembira,seronok,sukacita,bangga,kembang, syok, sedap, lega, puas, dan rasa2 lain yg positif. Kita rasa dunia ini "ana yg punya" (petikan Allahyarham P. Ramlee lg..). Kita rasa biar kita kekal selamanya dlm suasana ini. Rasa2 positif ini saya labelkan sbg "PUTIH". Maknanya, hidup kita penuh dengan rasa/emosi :seronok-sedih, suka-duka, bangga-kecewa, se...

Keputusan SPM 2008

Salam sejahtera semua, Keputusan kali ini nampaknya lagi hebat...best student dpt 21A (muslim) dan pelajar Cina 13A. Isy dahsyat ya..mcm mana dia study smpai dpt belas2 & puluh2 A. Zaman Pak Anjang paling kuat 11 subjek. B/manapun tahniah kpd yg berjaya dgn cemerlang dan bg yg kurang berjaya - "it's not the end of the day"-cuba cari jln lain utk : i) teruskan pengajian; (ii) sambung pengajian dlm bidang yg kita layak..Ada banyak peluang, kena cari-tanya guru2, kaunselor, kawan2, ibu bapa, jiran2 dll. Moga berjaya semua. Ikhtiar & usahalah. Jumpa lg http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/13/nation/20625314&sec=nation

Tahun baru Hijrah 1429

Ana k-anakku, Pejam celik2..dah masuk tahun baru. Ingatlah, Rasul pesan: hari ni seharusnya lebih baik dari semalam.Bermakna, tahun ini seharusnya lebih baik dari tahun lepas. apakah ini sebenarnya berlaku? cukup kuatkah azam kita untuk mengubah tingkahlaku kita yang tidak baik kepada yang baik; dan yg baik kepada LEBIH baik? tepuk dada, tanya iman.. Berfikirlah..renungilah..

Kenali diri

Kenalilah diri kita sebelum kita meminta/memaksa/mengharapkan orang lain memahami kita. Seringkali kita kecil hati, marah, merajuk sebab kita harap lain, orang lain buat/kata lain. apa ciri-ciri personaliti kita? apa kekuatan kita? apa kelemahan kita? apa kesukaan kita? apa yg kita benci/kurang suka? Dari sini, cuba elakkan diri dari buat /kata sesuatu yg orang tak suka..supaya kita tidak dihentam/dikata/dikenakan balik...kita pula yg terasa. Betul tak?