Langkau ke kandungan utama

Bisnes - Keusahawanan

Salam semua,

 ( Terbaca draf ini dan setelah difikirkan baik untuk bacaan, maka saya terbitkanlah, walaupun sudah  berusia 6 tahun lalu dicatat oleh saya. Diharap sumbernya tepat & betul, saya tolong kutip sahaja, tidak mampu mengesahkan sumber asalnya, maaf.  Layan jer...14042015)


Terserempak dengan laman ini apabila membaca blog seorang sahabat. agak menarik kandungannya, tetapi diapun sebut begini: "Salam sukses,baru2 ni terjumpa satu artikel ,waktu tengah cari panduan2 perniagaan, memang best artikel ni,jadi saya pun letakkan artikel tu untuk post kali ni. ;)".  

Haha ha, maknanya saya dan dia hampir sama kes...cuma dia jumpa penulisan di bawah ni dulu, dia pos 13 Feb 2009. Jom pakat2 baca & ambil iktibar....

[Sebenarnya Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan dalam mencari nafkah atau menjadi usahawan. Sila lihat hadith yang dikutip oleh Sayid Sabiq dalam kitabnya ‘Anasirul Quwati fil Islam’, berkata Anas RA lebih kurang begini...

Seorang pemuda dari kalangan sahabat Ansar datang kepada beliau meminta-minta. Kata beliau, “Engkau, tak ada apa-apakah di rumah?”

“Ada!” Jawab pemuda Ansar itu. “Hanya sehelai tikar dan sebuah takar (tempat air minum) sahaja..”

“Bawa kedua-dua barangan itu ke mari!” arah Nabi.

Pemuda itu pun pergi mengambilnya dan membawa kepada Nabi. Nabi terus membuat tawaran, menjual secara lelong barangan tersebut kepada kawan-kawan di situ. Dijual dengan harga paling tinggi, iaitu 2 dirham.

“Nah! Satu dirham engkau beli makanan untuk keluarga engkau, dan bakinya engkau beli sebuah kapak!” Saran Nabi. “.. bawa kapak itu ke mari!”


Pemuda itu terus mempraktikkan idea tersebut, ia kembali dengan sebuah kapak yang baru dibeli. Nabi mengambilnya dan mengikat pada sebatang tongkat (yakni siapkan hulu hingga boleh terus guna), dan menyerah balik. Katanya, “Pergilah cari kayu api dengan kapak ini, dan juallah hasilnya! Jangan sampai aku nampak kamu lagi selama 15 hari (dari sekarang)!”

Selepas 15 hari berlalu, kembalilah kawan itu, dia berjaya mengumpulkan wang sebanyak 10 dirham. Sebahagian dibeli makanan dan sebahagian lagi pakaian.

“Hal ini adalah lebih baik dari engkau datang di Hari Kiamat dengan wajahmu bernoda, tanda meminta-minta.” Jelas Nabi lagi. (Hadith dirawikan oleh Abu Daud).

Hadith ini menggambarkan pengangguran, kemiskinan dan meminta-minta memang ada, walaupun perlu dihapuskan. Nabi mencetuskan idea kreatif, bagaimana menjadi usahawan, dapatkan modal, memotivasi (contohnya tempoh 15 hari sasaran masa ditetapkan), kecekapan melihat pasaran (waktu itu jual bahan bakar atau kayu api) dan sebagainya. Memang hebat Nabi Muhammad SAW.

Pengalaman masa mudanya pernah jadi usahawan. Pernah jadi gembala kambing sebagai tarbiah kepimpinan (Ingat hadith Nabi, setiap kamu adalah pengembala...). Pernah berkongsi atau usahasama niaga dengan ahli bisnes kecil As-Saa’ib bin Abis Saa’ib. Pernah berniaga import-eksport Mekah-Syam, di mana sumber ‘finance’nya ialah Khadijah sendiri walaupun waktu itu masih belum jadi isterinya (akhirnya taukeh finance itu jadi isteri atau miliknya).

Dikatakan beliaulah pencetus idea - niaga ‘sorong makan, tarik pun makan’, pergi ke Syam membawa dagangan dari Mekah, pulang membawa dagangan dari Syam. Di mana amalan sebelum itu cuma pergi membeli dagangan untuk penduduk Mekah dari Syam sahaja. Dengan itu penduduk Mekah dapat menikmati barang keperluan dengan harga yang lebih rendah.

Begitu juga ramai tokoh-tokoh usahawan yang berjaya, adalah anak didik beliau, seperti Abdul Rahman bin 'Auf, 'Uthman bin 'Affan dan sebagainya yang dijamin syurga. Mereka bukan sahaja berjaya dari sudut usahawan semata-mata, bahkan menjadi tokoh-tokoh politik dan pemimpin perjuangan Islam.]





Refleksi :

1. Buatlah bisnes/jadi usahawan/berniaga & ikhtiar/usaha cari wang, elakkan meminta-minta... Jangan malu, usah segan, elakkan kemalasan. Buatlah apa sahaja yang halal, suci, tidak menipu, tidak merompak, tidak bohong, sengaja salah kira/silap timbang/kira, sembunyikan  rosak/buruknya barang dan perbuatan lain yang Allah SWT & Rasul larang.  Carilah keberkatan atas kebenaran...

2. Sesungguhnya benarlah apa yang baginda Rasulullah SAW buat. Baginda bukan saja cakap, tapi buat. Walk the talk. Jadi contoh teladan atau uswah/qudwah hasanah. 

3. Sahabat-sahabat Nabi r.hum. dahulunya bukan hanya berniaga/ usahawan, tetapi mereka juga berjuang bersama baginda Rasul SAW dalam usaha dakwah & menyebarkan kebenaran Islam di seluruh pelosok dunia.

4. Banyakkanlah selawat ke atas baginda. Moga kita umatnya, diberi syafaat di Akhirat nanti, insyaAllah. Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj