Langkau ke kandungan utama

Fatih Seferagic - Hafiz muda Bosnia berpotensi tinggi

Salam semua,

Alhamdulillah, pagi ni saya terlintas dalam FB seorang rakan tentang satu video seorang qari dan al-hafiz muda, Fatih Seferagic.


Fatih Seferagic - Surah Al-Qiyamah

Saya terpegun dengan bacaannya - fasih (bukan keturunan Arab), bersuara sedap dan merdu, dan ada lenggok qari dan imam Syeikh Misyari.  Tersentuh hati mendengarnya.. .masyaAllah.

Beliau seorang pemuda ( 18 tahun?) berasal dari Bosnia, yang dilahirkan di Germany. Berpindah ke USA pada umur 4 tahun. Mula tinggal di Baltimore selama 7 tahun di mana beliau tamat kursus hafazan di Islamic Society Baltimore (ISB), di bawah tunjuk ajar Syeikh Qari Zahid & Qari Abid.  Beliau berpindah ke Dallas selama 10 bulan untuk belajar bahasa Arab klasik di Bayyinah's Dream. Kini beliau tinggal di Houston, Texas, sebagai seorang pelajar dan juga guru Qur'an.  Fatih juga adalah Ketua Pemuda Masjid Syeikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.


Dari FBnya, bacaan Al-Qur'annya dipengaruhi Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy...juga syeikh qari yang saya minati.  Hayati bacaan syeikh besar dari surah Al-Qiyamah juga.

(Sheikh Mishary Al-Afasy official USA tour to Irvine, CA. Recitation of surah Al Qiyaamah during Isha prayer at Islamic Institute of Orange County (IIOC) on March 26th, 2007) - hari ini mencapai 1,058,601 views)

Fatih Seferagic mempunyai hobi menulis, membaca, main games, belajar bahasa, falsafah dan psikologi, malah  ice-skating juga, dan  seperti remaja di Amerika Syarikat (AS) pada umumnya, Fatih juga memiliki akaun media sosial di Twitter dan Facebook.  Beliau juga membuat tusyen bacaan Al-Quran melalui Skype.

(Rujuk: FB: https://www.facebook.com/fatihseferagic - sehingga penulisan ini, jumlah likes ialah 154,000)

Maklumat lain: sila rujuk Instagram (TheRealFatih)    dan 
Twitter ( FatihSeferagic) beliau yang tertera di FBnya.  https://twitter.com/FatihSeferagic/following (tarikh ini : 40,253 pengikut)


Beliau menghafaz AQ sejak berumur 9 tahun hingga tamat 3 tahun brikutnya. Kini beliau berada di Malaysia sejak 22 Jun sehingga 7 Julai 2013 yang lalu. Bertuahlah mereka yang sempat bersama beliau. Ikuti bacaan beliau lagi:



(Bacaan ayatul Kursi, solat Tarawih malam ke-3 di Kanada tahun 2012 yang lalu )


Bacaan Al Quran oleh  Fatih Seferagic - Surah Al Fatihah & Surah Ar Rahman pada 2 Julai 2013 di Masjid Al Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=N1Lv0INv6_s&NR=1)


Beliau juga dapat berceramah& dakwah kepada para pemuda & belia : http://www.youtube.com/watch?v=HpuIamUDBKM

Moga ramai anak-anak Malaysia dapat mencontohi syeikh hafiz muda ini - didoakan agar Allah SWT merahmati beliau sentiasa.


Refleksi :



1. Fatih Seferagic, seorang imigran di USA, bukan berbangsa Arab dan masih remaja...tapi boleh menjadi seperti ini. Keistimewaan suaranya dan kemampuannya untuk menjadi al-hafiz, amat mengkagumkan. Orang seperti inilah sepatutnya menjadi contoh teladan kepada remaja & belia Malaysia & seluruh dunia Islam...bukannya belia yang tidak tentu arah haluannya dan yang rosak sahsiah mereka.

2. Walaupun biasanya US dikaitkan dengan hiburan, budaya hedonisme & suka kepada peperangan, tetapi kini jelas tempat manapun boleh menjadikan seseoang itu baik & hebat, dan begitulah sebaliknya. Pokoknya, kita yang tentukan jalan mana yang dipilih, ada kekuatan dalaman (azam, sifat jiddiyah/kesungguhan) dan mencari suasana baik (bi-ah solehah) untuk menjadi yang terbaik. (dari update saya di FB, 17 Julai 2013).

3. Dengan kebolehan dan sahsiah simple-nya, jika dipelihara betul-betul insyaAllah boleh menjadi daie(pendakwah) yang mampu menarik ramai belia Islam & bukan Islam untuk mendekati Islam & Al-Quran.  Marilah kita mencontohinya - didik anak-cucu kita & pelajar-pelajar kita untuk mendekati Al-Quran dari segi bacaannya, memahami maksud & seterusnya menghayati kandungan kalimah Allah. Al-Quran adalah  panduan hidup seluruh manusia, insyaAllah.


Marilah kita dekati Al-Quran, khususnya di bulan Ramadhan ini dan menjadikan maksud serta pengajarannya sebagai pedoman hidup kita & umat manusia seluruhnya.


Rujuk:

 http://munsyeed.com/v1.9/2013/06/penampilan-sulung-fatih-seferagic-di-malaysia/

http://news.detik.com/read/2013/05/29/151333/2259262/608/fatih-seferagic-pemuda-hafal-quran-yang-ganteng-dan-gaul

Nota: semua foto diplih & dimuatturun dari carian Pak Gugel :-)

Ulasan

SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
Pak_Anjang berkata…
Assalamualaikum Ibu Puspita & ica anjasari bogor:

Maaf dan saya ingat tegaskan bahawa nombor TOTO dan loteri, semuanya adalah bentuk judi. Judi adalah haram hukumnya dalam Islam.

Tolong jangan tulis sebegini kepada saya lagi atau kepada orang lain.
Bertaubatlah!

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj