Langkau ke kandungan utama

KISAH DI SABAH: TERPERANGKAP DI TANAH RUNTUH RANAU-KK

Hiasan/ Contoh: Mitsubishi Galant Sigma 
Di antara tahun-tahun 1990-94, sewaktu saya menjadi Guru Penolong Kanan (GPK) 1 di SMK Agama Ranau (SEMEKAR), suatu petang Jumaat, kami dalam perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu (KK) untuk urusan rasmi (hantar baucer ke Akauntan Negara (AG).  Kami, yakni Ustaz Yaakob Yusof, GPK Hal Ehwal Murid (HEM), isteri saya & saya sendiri. bertolak sebaik sahaja selesai solat Jumaat, masih dengan pakaian sut Baju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok.  Petang itu hujan baru sahaja berhenti.  Pada masa itu, saya berkenderaan Mitsubishi Galant Sigma 1.6 warna hitam, ala-ala Knight Rider spt video ni: http://www.youtube.com/watch?v=0Qh0YlpmHXc .

Gambar hiasan tanah runtuh di jalan Ranau-KK
Jalan Ranau-KK berselekoh, bengkang bengkok bagai ular dipalu. Maklumlah kawasan Gunung Kinabalu..Tiba di suatu selekoh, kami terlihat jalan raya/lebuhraya Ranau-KK berlaku tanah runtuh. Separuh drp jalan telah dipenuhi tanah merah, batu-batuan & yang suspens-nya, tanah lumpur merah tu masih lagi mengalir lesu, dikit berdikit menambah timbunan tanah runtuh tersebut. Saya memandu ketika itu, gagahi juga melalui jalan yang masih ada separuh lagi yang boleh dilalui. Jalan sebelah kami ada 2-3 buah kenderaan sahaja, sementara sebelah dari KK, berderet kurang lebih 10 buah kenderaan. Di depan saya 2 kenderaan berjalan mudah, lantaran sebuah 'pick-up' (kenderaan majoriti di ranau ketika itu) dan sebuah lagi kereta pacuan 4 roda.

Setiba sahaja giliran saya di tengah-tengah runtuhan tanah yang lembik & seumpama lumpur itu, kereta saya tersangkut. Lumpur setinggi setengah tayar-tayar saya. Roda-roda berpusing, namun keeta tidak berganjak. "Ah, tersangkutlah tu!", getus saya dalam kereta. Ustaz melihat saya penuh tanda soal. Riak wajah isteri saya nampak kerisauan. Yalah, mana kerja rasmi yang belum selesai, kereta tersangkut di jalan yang lumpurnya masih lagi sedang turun di lereng bukit tersebut! Plup, plap! plup plap!

Tanpa melengahkan masa, saya meminta isteri saya tukar tempat duduk pemandu & saya keluar dengan kasut kulit saya untuk menolak kereta. Plup!...
"masyaAllah! selut (lumpur, bahasa Utara) la...habis kasut...".
Sayapun membuka kasut yang dah kotor dipenuhi lumpur tu & letakkannya di bawah lantai tempat duduk belakang.  Sementara ustaz pula, tersedar tentang kasut saya, diapun terus membuka kasut & keluar bersama saya untuk membantu menolak kereta. 3-4 kali kami berdua mengerahkan kederat menolak sekuat mungkin, sementara isteri saya menekan minyak kereta dengan gear 1. Sluuursyh.... Sluuursyh ... Sluuursyh...lumpur tertolak habis ke muka, baju & seluar saya! Sebab saya betul-betul di belakang kereta; sementara Ustaz Yaakob bijak sedikit, menolak di tepi kereta sebelah kiri.
"Awat laa..bodoh sangat nii..." marah saya kepada diri sendiri.

Lumpur masih turun lagi... Plup, plap! plup plap!. Suspens, risau, takut-takut lumpur atau tanah turun sekaligus. Pastinya akan menimpa kami dan menimbuskan kami hidup-hidup!  "Ya Allah, ya Tuhan kami, Kau selamatkanlah kami dari mara bahaya...bantulah kami ya Allah.   Hasbunallahu ni'mal wakil .La haula wala quwwata illah billahil 'aliyil 'azim.", doaku dalam hati. "Kami pasrah ya Allah...jika di sinilah kubur kami, ampunkanlah kami ya Allah, ampunkanlah kedua ibu bapa kami & kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil.  Engkau peliharalah anak-anak kami yang kami tinggalkan, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & musleh. Jadikanlah mereka muslim-mukmin-muttaqin yang multazim, ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiiim." sambung doaku dalam hati, sambil menolak sekuat hati.

Apabila kereta tak bergerak juga, sayapun terfikir untuk minta tolong pemandu-pemandu di sebelah sana jalan yang sedang 'queue'. Kereta di hadapan sekali, pikap (pick-up) dengan 2 orang Bajau dan  kerbau seekor di belakang kereta, orang Kota Belud barangkali. Saya minta pinjam tali plastik, lebihan/reserve tali kerbau rasa saya.  Tetapi mereka tak mahu tarik kereta saya dengan alasan ada kerbau. Ya tak ya juga.

Kereta kedua, seorang Cina dengan kereta 4x4 Mitsubishi Pajero. Alhamdulillah dia sanggup tarik kereta saya. Dia mengundur (gostan, bahasa Utara, dari  bahasa Inggeris , go astern) dan setelah tali diikat, dia menarik, & kami menolak & isteri saya menekan minyak kereta saya. Brummmm.......bruuuummm ....... ....bbrrruummm....kereta kamipun meluncur keluar dari lumpur yang kami terbenam tadi. Alhamdulillah.

Setelah ucapkan terima kasih kedua-dua pihak - pemandu Cina & orang Bajau tadi, kami meneruskan perjalanan ke KK, dengan perasaan bercampur aduk. Risau, suspens takut terperangkap dalam runtuhan tanah/lumpur; gembira bersyukur kerana terlepas dari dugaan dan cabaran hebat dalam hidup kami. Rasa bagai mati hidup kembali.  Kami terperangkap hampir satu jam, termasuk usaha pertolongan 2 pihak tadi. Sesampai di KK, kami singgah mandi & menyalin pakaian. Selepas solat 'Asar, sempat juga sujud syukur, alhamdulillah.  Kami tak sempat menghantar baucer petang itu. terpaksa bermalam di rumah kawan di KK, & esoknya hari Sabtu kerja separuh hari (pada zaman 90an..), kami menyelesaikanlah tugas tersebut - hantar baucer & ambil cek-cek gaji serta cek-cek bayaran lain. Pengalaman kami terperangkap dalam runtuhan tanah/lumpur ni jadi bahan cerita kami kepada kawan rakan 2-3 hari selepas itu di Kk dan juga Ranau.

bersyukurlah bila dapat nikmat dan pertolongan Allah SWT

Refleksi:
1. Doa banyak-banyak sebelum, semasa & selepas perjalanan.

2. Sediakan tali dan alat kelengkapan kecemasan dalam kereta.
3. Sedia pakaian persalinan, walaupun tidak rancang bermalam.
4. Sentiasa ada minuman & sedikit makanan dalam kereta, terutama sepanjang jalan yang jauh dan tiada pekan/bandar. Jalan Ranau-KK ketika itu hanya ada pekan Nabalu sahaja di antara kedua bandar Ranau-Tampuruli-KK. Lihat peta ( http://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=ranau%20kota%20kinabalu&ie=UTF-8&tab=il )
5. Ringankan mulut, minta tolong orang lain & ucapkan terima kasih.
6. Malang tidak berbau...sentiasa hati-hati. 
7.  Sentiasa mengingati Allah SWT di mana, bila sahaja, senang atau susah.

 Nota : semua gambar dan imej dipetik dari carian Google. terima kasih kepada yang berkenaan.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
perkongsian yg menarik...
md_adzmin berkata…
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga dengan mahaguru sy.. Mudah2n cikgu sekeluarga sihat dan dirahmati Allah SWT. Masih ingat sy?..anak murid (akademik, usrah dan silat gayung hehe..)
silalah mampir ke laman blog sy http://www.kolaborasionline.com @ http://ilmu.edublogs.org
Panjang umur...jumpa lagi..
Pak_Anjang berkata…
md_adzmin,
Alhamdulillah, saya masih ingat bah...Losinin Johalin, nama dulu kan?
Terima kasih susah2 cari siya bah. Siya sudah singgah kau punya blog bah, duuulu. Memang baik, bagus - teruskan blogging.

Kini kita banyak berhubung dgn Whatsapp & FB.

Apapun tak apa aslkan saling berhubungan demi Allah SWT.
Sama2 kita tingkatkan dakwah & tarbiyah di mana sahaja kita berada.
Moga Allah SWT beri kekuatan kepada kita, amin.
ibu lindah malaysia berkata…
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل








KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل








KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل








KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (400) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH DEWA _082315999679_ terima kasI http://bocorantogelhariini-4d.blogspot.com لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالل

Catatan popular daripada blog ini

Pelita Minyak Tanah

Salam, Dulu, zaman 1960'an, keluargaku menggunakan lampu minyak tanah di rumah...minyak tanah=minyak gaih, istilah oghang Utagha. Belum ada bekalan elektrik lagi masa tu. Tiba waktu Maghrib, aku atau kakakku atau abangku akan mula menyalakan lampu ni. Mula2 ambil 4-5 biji lampu yang disimpan di bawah 'lemari '(almari) barang2, cabut kepalanya & tuangkan minyak tanah dgn menggunakan corong plastik. Lampu ni ada yang tiada tiang dan ada yang ada tiang (tinggi >< gelen="~30liter?"> Selepas tu, pastikan sumbunya (dibuat drp tali guni) cukup panjang. Jika tidak cukup panjang utk menyala hingga ke pagi, maka kami kena menukarkan sumbu tersebut terlebih dahulu sebelum kami menyalakan lampu2 ini. Lampu2 inilah kami guna utk memasak, basuh pinggan mangkuk, solat, baca Al-Qur'an, buat kerja rumah, buat kuih muih (masa tu emakku buat cucur jual di kedai2 kopi), malah pergi ke luar rumah dsb, semuanya guna lampu ini. Dengan lampu inilah juga aku belajar, meng

Tafsir Surah Al-Fatihah, ayat 1-3 (Syeikh Abul A'la Al-Maududi)

1.  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ (Bismillaahir-Rahmaanir-Rahiim) (1:1) In the name of Allah, the Merciful, the Compassionate  *1 *1)  One of the many practices taught by Islam is that its followers should begin their activities in the name of God. This principle, if consciously and earnestly followed, will necessarily yield three beneficial results. First, one will be able to restrain oneself from many misdeed, since the habit of pronouncing the name of God is bound to make one wonder when about to commit some offence how such an act can be reconciled with the saying of God's holy name. Second, if a man pronounces the name of God before starting good and legitimate tasks, this act will ensue that both his starting point and his mental orientation are sound. Third - and this is the most important benefit - when a man begins something by pronouncing God's name, he will enjoy God's support and succour; God will bless his efforts and protect him from the machin

Aku dan Silat Seni Gayung

Salam semua, Aku mula ceburi alam persilatan mulai 1hb Mei 1975 (hari Buruh...aku masih ingat lagi tarikh nih),ketika aku di Tingkatan 3 di SMSPP. Majlis mandi tapak di Surau Asrama Putera, oleh Cikgu Ahmad Ismail (Mad Putih@Mat Jepun...itu gelarannya di kalangan pesilat Gayung. Mat Hitam- Allahyarham Cikgu Ahmad Lazim. Mat Jepun sebab dia bersama Cikgu/Dato' Abd Majid Mat Isa ke negara Jepun buat demo keris di sana,tahun 70an...org2 Jepun semua kagun dgn silat kita.) Kini, Cikgu Mat Putih ni masih mengajar Silat Gayung Warisan di Ipoh,Perak. Saya berjumpa beliau kali akhir di Kpg Air Kuning,Taiping ketika menziarahi kematian Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum. Ketika di sekolah tu, antara tonggak2 utama gurulatih kami ialah Cikgu Taher Saad (Pak Cu Taher), Cikgu Abd. Rahim (adik Cikgu Mad Putih), Cikgu Said, Cikgu Mansor, Allahyrham Cikgu Ishak (Alma, abang Cikgu Yaakub- Ketua Gurulatih Tertinggi PSSGM P. Pinang), Cikgu Saad (Ad Misai) dan beberapa gurulatih lain. Dato' Abd. Maj